BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

2010年5月19日星期三

teks ucapan hari guru smk cochrane perkasa 2009/2010

Bismillah hirrahman nirrahim , Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Yang dihormati tuan Guru Besar, guru-guru dan semua murid yang disayangi.

Sempena menyambut hari guru pada hari ini, saya telah diberi peluang untuk berucap sedikit di hadapan semua murid dan guru. Kita semua sedia maklum , semua sekolah mengadakan sambutan hari guru. Begitu juga dengan sekolah kita.

"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara

Pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua guru , supaya terus memberikan kerjasama , didikan dan tunjuk ajar kepada murid-murid kita dan kepada sekolah.Anggaplah murid-murid ini sebagai anak-anak kita sendiri.

Sebelum mengakhiri ucapan pada hari ini, dengarlah sajak dari saya untuk semua guru dan murid-murid tersayang.

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sekianlah sahaja, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

0 评论: