BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

2009年9月5日星期六

protokol perhimpunan pagi isnin smk cochrane perkasa

LEMBAGA PENGAWAS SMK COCHRANE PERKASA
Protokol Perhimpunan Rasmi Pagi Isnin

*semua pelajar diminta berdiri…..pengawas sila jalankan tugas anda , pastikan pelajar beratur dan berdiri dengan senyap…pelajar juga diminta membetulkan pakaian anda dengan segera……
*baiklah kita akan mulakan perhimpunan kita pada pagi ini dengan nyanyian lagu negaraku,lagu wilayah persekutuan dan lagu sekolah diminta semua pelajar bersedia
*sekarang dijemput pengawas yang bertugas untuk mengetuai bacaan doa ..pelajar bukan islam diminta berdoa mengikut cara agama masing-masing
*seterusnya dijemput pengawas yang bertugas untuk mengetuai bacaan ikrar dipersilakan …..
*guru-guru dan para pelajar diminta duduk …pelajar diminta duduk dengan senyap
*(pastikan semua pelajar duduk baru teruskan )
*selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengetua smk cochrane perkasa puan siti Zarinah binti che omar, penolong kanan pentadbiran smk Cochrane perkasa pn. Hjh hanipah binti endut, guru hal ehwal murid en. Pian a/l chen, guru hal ehwal kokurikulum en. Aminuddin bin jaafar… guru-guru dan para pelajar sekalian …
*semua pelajar diminta mengeluarkan buku catatan untuk mencatat segala pengumuman yang akan disampaikan hari ini….
*baiklah , sekarang saya menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan sepatah dua kata …
*terima kasih kepada_____ … untuk pengetahuan para pelajar guru yang bertugas pada minggu ini ialah ____ dengan ____ dan____ sebarang masalah boleh merujuk kepada mereka……
*sekarang dijemput pengawas yang bertugas untuk membacakan tentang peraturan buku disiplin..
*disini terdapat beberapa pengumuman antaranya ialah ______ ulang suara____
*sekarang dijemput ____ untuk meneruskan agenda kita pada pagi ini dipersilakan…..
*seterusnya dijemput ____untuk menyampaikan sepatah dua kata dipersilakan…
*berikutnya saya menjemput (pengetua/pk hem/pen. Kanan) untuk memberikan pengumuman ,semua pelajar diminta memberi perhatian…..
*dengan berakhirnya ucapan tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini.
*guru-guru boleh bersurai…pengawas sila ketempat tugasan yang telah ditetapkan.

Perhimpunan tamat … pengawas aktif sekolah positif (lembaga pengawas smk cochrane perkasa kami perkasa)